Manchester United berjaya mendapatkan bintang Ajax dengan nilai £35.7 juta beserta dengan beberapa klausa bonus lain.

Fabrizio Romano melaporkan bahawa pemain tersebut setuju untuk kontrak sehingga 2025 di Man United.

United pada awalnya mendapat persaingan daripada Barcelona. Di mana Van De Beek masih menunggu tawaran dari Barca.

Oleh kerana kem Barcelona kini hanya fokus kepada isu Messi, maka tiada tawaran dibuat. Lalu Man United pun memulakan langkah dengan membida secara rasmi.

Van De Beek setuju dengan syarat ditawarkan oleh United. Lalu rundingan berada pada fasa perbincangan harga.

Kedua dua pasukan setuju dengan harga £35.7 Juta. Manchester United perlu memuktamadkan perjanjian ini pada minggu ini.

Van de Beek menjaringkan 41 gol dalam 175 penampilan untuk pasukan pertama Ajax. Van De Beek juga sudah bersama dengan kelab Belanda sejak berusia 11 tahun.

Aksi cemerlang beliau bersama Ajax menyaksikan nama beliau berjaya mendapatkan panggilan skuad kebangsaan negaranya.

Edwin Van Der Sar adalah individu penting dalam membantu pemain ini ke Man United.

Bekas penjaga gol United itu kini menjadi CEO di Ajax Amsterdam.

Kehadiran Van De Beek pastinya menampal sedikit kekecewaan United yang sebelum ini gagal dalam pemburuan Jadon Sancho.

Namun mereka dikatakan masih tidak menutup peluang untuk mendapatkan pemain antarabangsa England itu.

Baca juga perkemabangan lain

Barcelona Pecat Firma Guaman Yang Dianggap Punca Messi Mahu Pergi Percuma

La Liga ‘Back Up’ Barcelona Dan Minta Messi Tebus €700 Juta Bukannya Pergi Percuma

Penyerang Antarabangsa Poland, Lewandowski Mahu Klaim Ballon d’Or Musim Ini